Tuesday, 28 March 2017

Korea Syurga Makanan





Hai!Entri kali ni saya nak berkongsi tentang pengalaman trip ke Korea yang lepas. Sebelum pergi travel dulu, saya ni agak naif atau dalam istilah yang lebih afdal, kosong tentang Korea. Yang saya tahu, Korea terkenal dengan K-Pop. Itupun sebab selalu terbaca karangan para pelajar yang penuh dengan perkataan K-Pop. Saya? Aiskrim Pop saya tau. Jadi, dengan serba zero ni, saya pergi ke sana betul-betul hanya untuk meraikan ulangtahun persahabatan saya dengan kawan-kawan semata-mata. Sehinggakan saya tidak terfikir langsung untuk menyelidik atau membaca serba sedikit tentang latar belakang negara tersebut.
Sampai sahaja di sana, barulah saya tahu, Korea Selatan atau lebih tepat, Seoul sendiri merupakan syurga makanan. Dia punya street foods, fuh...pendek kata takda satu pun yang nampak tak sedap, Semuanya menggugat iman. Tapi memandangkan tekak saya tekak 'local', maka makanan yang jadi bekalan tu saja yang mampu menerobos masuk ke dalam saluran tekak. Di sini saya kongsikan sebahagian makanan-makanan Korea yang agak popular di sana.




















No comments:

Post a Comment

Korea Syurga Makanan

Hai!Entri kali ni saya nak berkongsi tentang pengalaman trip ke Korea yang lepas. Sebelum pergi travel dulu, saya ni agak naif atau dala...