Tuesday, 28 March 2017

Korea Syurga Makanan





Hai!Entri kali ni saya nak berkongsi tentang pengalaman trip ke Korea yang lepas. Sebelum pergi travel dulu, saya ni agak naif atau dalam istilah yang lebih afdal, kosong tentang Korea. Yang saya tahu, Korea terkenal dengan K-Pop. Itupun sebab selalu terbaca karangan para pelajar yang penuh dengan perkataan K-Pop. Saya? Aiskrim Pop saya tau. Jadi, dengan serba zero ni, saya pergi ke sana betul-betul hanya untuk meraikan ulangtahun persahabatan saya dengan kawan-kawan semata-mata. Sehinggakan saya tidak terfikir langsung untuk menyelidik atau membaca serba sedikit tentang latar belakang negara tersebut.
Sampai sahaja di sana, barulah saya tahu, Korea Selatan atau lebih tepat, Seoul sendiri merupakan syurga makanan. Dia punya street foods, fuh...pendek kata takda satu pun yang nampak tak sedap, Semuanya menggugat iman. Tapi memandangkan tekak saya tekak 'local', maka makanan yang jadi bekalan tu saja yang mampu menerobos masuk ke dalam saluran tekak. Di sini saya kongsikan sebahagian makanan-makanan Korea yang agak popular di sana.




















Foods for Travel

Kalau bab travel, memang menyeronokkkan. Bagi kebanyakan orang, inilah masanya untuk mencuba pelbagai makanan daripada tempat mahupun negara yang berbeza. Tapi, cam saya ni pelik sikit. Hidup tanpa nasi ibarat berenang tanpa oksigen. Boleh macam tu perumpamaannya? Hehehehhe! Tapi nak macamana? Selera limited. Terutamanya bila time travel. Jadi, nasi itu wajib. Contoh, bebaru ni, sempena menyambut ulangtahun persahabatan yang ke-16 tahun saya dan kekawan saya, K.N, Samiha dan Hanan, kami ke Seoul, Korea selama 7 hari 6 malam. Idea ni,dirancang selama setahun. Bab-bab itinerary, route semua, booking ticket, memang kena serah pada yang pakar lah, Miha dan K.N. Saya? Bab makan je yang mampu handle. So, untuk survive di sana, saya dah mula mengatur list apa perlu dibawa. Kena pulak musim sejuk. Jadi kena banyak bawa stok makanan. Jadi, ni antara stok makanan yang dibawa :
  1.  Beras
  2. Maggi, Indo Me 
  3. Daging Dendeng(Gigih masak)
  4. Serunding Daging(Order online je!)
  5. Sambal Bilis(Ni pun buat 2-3 pek, supaya boleh makan dengan roti)
  6. Roti Gardenia
  7. Roti Krim
  8. Snack Cheezel
  9. Sambal Pahang(Yang ni pun order online)
  10. Biskut Kering(Yang ni memang lawak la...macam nak duk sebulan)
  11. Uncang teh(Serupa kat sana takde teh je)
  12.  Sambal Kerang(K.N bawa buat stok)
Banyak tak? Tapi guess what? Semua ni habis sejurus sampai bumi Malaysia. Cuma beras je berbaki. Tu pun K.N sambung bawa sebagai stok ke Australia untuk family trip.
Memang diakui Korea memang syurga makanan especially street foods dia, memang mengiurkan. Tapi bagi saya yang agak selera Malaysia je yang masuk dalam perut, maka saya stick to all Malaysian foods yang rasanya menjadi double sedap bila kat negara orang.Heheheheh!

Ini antara gambar stok makanan yang dibawa untuk perkongsian yang sempat ditangkap gambarnya. Yang lain, selamat masuk perut tanpa mengambil kira untuk diambil gambar. Nampak tak tahap lapar di musim sejuk tu macamana?  Heheheheheh!



Korea Syurga Makanan

Hai!Entri kali ni saya nak berkongsi tentang pengalaman trip ke Korea yang lepas. Sebelum pergi travel dulu, saya ni agak naif atau dala...